Tuesday, May 29, 2012

39.....

assalamualaikum..

untuk entry kali ni..hihi.prasan x no kat title post kali ni tu..haa..39..kan?..so it means that there is another 39 days before my walimah ok..hadoi..tetiap malam jugakla x boleyh nak tdo da skrang ni..insomnia datang balik..mate x jugak ngantok2..walaupun dah pukul 12 malam..maybe excited sangat kot pk nk kawen..sedih suke sume nye ade..x tahu nak ckp macam mne..sume dah bercampur aduk..dahla kena tinggal sorang2..aboh ngan mak balik klntan..tinggal anak dara srg2 kat umah..makan sendiri..tetibe rase mcm anak terbuang plak..xde orang nak care hal kite..mkn minum..tdo pun sorang2..sebek nye..malam kene marah plak ngan encik tunang..duk umah sorang2..bhaye..mcm2 die pk..nak buat mcm mn..but hari ni rase happy giler sebab kad kawen dah nak siap..petang ni kul 5 dah boleyh amik dah dekat fariz..n then..alhamdulillah..ak dapat sambung kontrak sampai bulan 7 ni..rezeki ase nk nikah ni..ade je duit datang..k lah..tu je kot untuk entry kali ni..nnty org pos lagi kat entry yang berikutnye neh..k..jazakallah...wasalam...^^

Friday, February 10, 2012

~~~tEnSi2..~~~

assalamualaikum u olls..

hurm..lately ase mcm terlalu depressed..sampai tdo pun x lena kot..bnyak sngt mnde nak di pk..tetiap hari pun mcm tu..penim kpale..mnde yang sokmo di pk kan ofkosla pasal duit kan?..ting tong..yupp..memang pasal duit pun 100% true..yela..banyak nak pakai duit kan..tu x pk soal hutang time blaja lagi..nak kawen ni x payah cakap la..memang vavavoom la kne kumpul duit kan..alhamdulillah..even time rase sngt down pon..ade org sekeliling yang slalu tiupkan kate semangt..hari2 g kije pun ade je org yg tegur..hmm..makin nak dekat k tarikh..makin pressure la jawabnye..orang yang x penah rase die x taw mcm mne rasenye kawen tu..tapi yang bnyak ak dgr mmg best kate dieorg la..rase mcm nak kawen lagi pun ade..haih..mcm2..sy ni dh pnim kpale dah nk pk sume persiapan..baik umah sedri mahupun kat umah belah lelaki nanti..seb baek la kat tempat kije tu ade insan2 yang sangt memahami driku ni..at least nye kurng la sikit tekanan tu kan..sokmo la mengomel sy ni..sampai org pun perasan..pot pet pot pet..tapi pot pet pot pet ni la yang abang sokmo rindu kan?..ok..got to pen off now..nak klua plak pegi mmeluangkan mase ngan family plak ok..xtahu brape bnyak mase lagi yang sy ad..before saye menjejakkan kaki keluar drpd umah ni..huhu.. i'm gonna miss my mom very much i think..jngan tnye ok klu nanti ade orang yang nges berie bile mak balik drpd kendri sambut menantu..huhu..edih plak asenye..ya Allah..berikanlah kekuatan kepada driku ini dalam melayari bahtera perkahwinan ku nanti..permudahkanlah setiap urusan kami di dunia mahupun akhirat kelak..amin ya rabbal alamin..

Sunday, November 20, 2011

Andai Lelaki Tahu vs Andai Perempuan Tahu



Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


ANDAI LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


ANDAI PEREMPUAN TAHU


Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!




credit to aidanatasya..^^

Wednesday, November 16, 2011

sawang labah2...

salam..

fuhh..lame giler kot x hapdet blog..dah berabuk..besawang2 dah asenye..

ok la untuk post kali ni..xde kaetan pun dengan tajuk..juz nak share je with u guys..
alhamdulillah..07 Nov '11 haritu..bersamaan 11 Zulhijjah 1432 Hijrah..ari senin..pukul 2 stgh ptg kot..dah selamat bertunang kepada encik uda..siap salah sebut nme abang iwan lagi..haha..alhamdulillah semuenye berjalan ngan lancar..ramai juge kawan2 yang datang..ramai ke..hihih..hantaran kami 7 berbalas 7..senang kan..xpayah nak penim2 pk pasal baki or por x cukup segala..majlis simple je..sebab mals nk membazir sangat..spuluh buah kete drpd pihak laki..belah ak xthu nk kate..simple ceremony but yet we're happy..abis majlis malam ak kne basuh periuk..SORANG2 OK..tahun ni je..tahun depan insyaAllah berdue kot..nk pth pinggang ni..tema sy biru n encik uda plk merah..^^


few pic on that day..

Sunday, July 24, 2011

Bahaya Lidah


-->Akan bercakap perkara yang tidak berfaedah.
-->Berlebih-lebihan apabila bercakap dan berkata-kata.
-->Bercakap perkara yang tidak benar iaitu berbohong.
-->Akan berlaku pertengkaran.
-->Akan menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya.
-->Akan bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
-->Mengeluarkan bahasa kesat(memaki hamun).
-->Gemar menyumpah-nyumpah(melaknat orang).
-->Menyanyi lagu yang bukan-bukan.
-->Terlalu banyak bergurau senda dan bergembira.
-->Suka menghina orang lain.
-->Menyebarkan rahsia.
-->Akan berjanji dan mendustai janji itu.
-->Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara besar.
-->Mengadu domba sehingga berlaku pergaduhan besar.
-->Menjadi talam dua muka, kepada orang yang berbeza-beza menabur fitnah yang berbeza-beza.
-->Memuji yang melampau-lampau.

lidah itu lebih tajam daripada pedang tahu x???

assalamualaikum semua..

untuk post kali ni rasenye macam nak buat sesi luahan perasaan je..n peringatan juga untuk sume yang bakal bace ap yang saye post ni..insyaAllah..same2lah kita amik iktibar..lidah itu lebih tajam daripada pedang..tahu kan???..jadi di setiap kali perbualan atau percakapan kamu..berhati2lah..siapa tahu ia bakal menjadi permulaan sebuah fitnah ataupun bakal mencetuskan pergaduhan..semua itu bermula dengan salah faham..hanya dengan kata2..adik beradik boleh bergaduh, ibubapa boleh bergaduh, saudara mara hatta kawan2 sekalipun..jadi bersangka baiklah kamu sesama sndri..kerana..bila kita cakap buruk tentang org laen..umpama kita makan darah daging kita sendiri..sedarlah wahai kaum Adam..sesungguhnya kamu diciptakan untuk melindungi Hawa..bukan untuk menindasnya..pada setiap butir2 mutiara yang lahir daripada mata seorang Hawa..tidak tahukah kamu bahawa air mata seorang Hawa itu sangat berharga..Allah cipta Hawa dengan hati yang tersangat lembut itu ade hikmahnya yang tersendiri..dosa memfitnah itu lebih teruk lebih keji daripada membunuh seribu orang Islam..jadi fikir2kan lah..dan renung2kanlah..semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadamu..ingatlah doa orang2 yeang teraniaya itu makbul..sentiasa ingat bahawa..balasan Allah berikan itu setimpal dengan apa yang telah kamu lakukan..setiap hati yang terguris, terluka..Allah balas setimpal dengan perbuatan yang kamu lakukan..dan kepada insan2 yang diluar sane..tabahlah dalam menjalani ujian dan dugaan daripada Allah..sesungguhnya ujian itu datang dalam perlbagai bentuk..sentiasa ingat kepada Allah dan redha..insyaAllah..ada jalan disetiap kbuntuan dan kesusahan yang kamu hadapi..bersabarlah duhai teman..insyaAllah satu hari Allah akan berikan kemanisan yang tidak pernah kamu bayangkan..amin..jazakallah..


Tuesday, July 19, 2011

sahabat atau kawan???

"Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari hanya yang bercerita.
Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan
dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu."



sOuLmAtE???

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

oNLy aBoUt uS..(^^)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

enGaGed!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers